Monday, January 4, 2010

Turun kan ini

Perasan?? Voucher di atas tu dah diturunkan. Sebab voucher tu dah expired.

Okay. Nothing more or less. Happy New Year ALL of you....!!!

May 2010 bring happiness and joy..

Our 2009 gave us a unforgettable memory ever...!

We join SUNSILK BLOG TO PARIS contest.

We went to the grand Finale which we never imagine we will ever be there.

We were photographed like a celebrities.. (duh~~)

Well.. it was a great experienced!!

BIG POINT!!

Now, i am not scared/afraid to stand and speak in front of other people anymore, (in class, presentation etc.) since i ve been talking in front of LOTS of media( for me, its a lot) on the grand finale party!

Wednesday, December 9, 2009

It's PARTY time!!!!


Kya.....

We already reached the final stage of our SUNSILK BLOG TO PARIS competition.

WILL be going to ROOTZ in just a few hours.

HONTOUNI KOWAI~~

I really hope we manage to do well.

I really hope at least our effort will be paid.

*close eyes tightly and wish*

Hani, Mar, Iqa, let's do our BEST okay!!!

Tuesday, November 24, 2009

Maybe...




Hey yo~~
Firstly, Its not from me... from Maybeline pamphlet.

Common, lets take a walk on the WILD side.. Purrr..



Recreate Liyana's cat eye look in 3 simple steps!

1. The cat-eye look calls for a combination of eyelinear and mascara. Line your top lid from the inner corner outwards with EyeStudio Line Allure Liquid Eyelinear. Thicken it gradually as you move towards the outer corner of your eye.

2. Tilt the stroke upwards at the end, towards your temple- that's the real secret to cat eye make up.

3. Next apply liberal amount of VOLUM'EXPRESS HYPERCURL Cat Eyes Waterproof Mascara on both the upper and lower lashes but do it in a zigzag motion for curlier lashes that are well separated.

Add a little pizzazz to your look to boost your confidence.

1. Smudge the outer half of your lower lash line with the EyeStudio Vivid & Smooth Linear (11 chocolate).

2. Next, cover your lash line with a darker shade from the EyeStudio Quad Eyeshadow Palette (GD-1 Autumn Spirit) and sweep its lightest shade along the arch of your brow.

3. Finally, add volume to your lashes with VOLUM'EXPRESS HYPERCURL Cat Eyes Waterproof Mascara.


Keep it Cool.
Let your eyes do the talking!

1. Draw a thick to thin line from the outer to the inner eyelid with EyeStudio Vivid & Smooth Liner (12 Forest Green), then smoothen it out.

2. Give depth to your eyes with the EyeStudio Quad Eyeshadow Palette (GR-Matcha Mousse).

3. Line the upper and lower lashes with the EyeStudio Line Allure Liquid Eyeliner. Just pull the stroke upwords at the outer coener of your eye to fully maximize the cat eye look.

4. Generously apply VOLUM'EXPRESS HYPERCURL Cat Eyes Waterproof Mascara onto your lashes.

Monday, November 23, 2009

Penjagaan rambut panjang

credit to http://www.ehoza.com

=================================================


Rambut yang sihat bukan sahaja mampu membuatkan anda tampil cantik, bahkan anda akan rasa hebat dengannya.



TIDAK kira berapa pun usia anda, rambut adalah refleksi diri. Rambut yang sihat bukan sahaja mampu membuatkan anda tampil cantik, bahkan anda akan rasa hebat dengannya.
Jika rambut anda terlalu panjang sehingga mencecah punggung, tiada apa yang menarik dan kreatif boleh dibuat dengan rambut yang panjang itu.
Rambut yang panjang tidak semestinya sihat. Kadang-kadang ia memerangkap minyak sehingga rambut kelihatan seperti dilumur minyak kelapa.
Kadangkala rambut panjang juga mudah rosak, ia juga cepat kering sehingga menyebabkan hujung rambut bercabang.
Memiliki rambut panjang yang sihat belum tentu ia boleh dikekalkan berikutan faktor persekitaran, gaya hidup dan cuaca.
Sekiranya seseorang bijak mengurus rambut panjang, maka mudah bagi mereka menggayakan rambut tersebut mengikut kesesuaian aktiviti harian mereka.

MENYIKAT rambut dengan sikat yang betul menyihatkan rambut.


Jika anda sudah kenali aspek penjagaan dari segi pengambilan makanan dan nutrien untuk rambut, berikut adalah tip yang boleh diikuti untuk menjaga rambut panjang.
Gunakan jari anda
Sejurus bangun tidur, jangan menggunakan sikat rambut untuk menyikat rambut, sebaliknya gosokkan jari anda di kulit kepala dan uraikan helaian rambut untuk meleraikan rambut yang kusut dan berpintal.
Penggunaan jari jemari memberi yang efek ke pada rambut dan mengurangkan pengguguran rambut.
Berus rambut selalu
Ada yang risau menyikat rambut selalu kerana takut rambut akan gugur. Namun, memberus rambut selalu sebenarnya menyihatkan rambut.
Apa ertinya mempunyai rambut panjang yang cantik kalau malas mengurusnya.
Untuk mereka yang memiliki rambut panjang, dinasihatkan bahawa penggunaan berus rambut berbulu dengan permukaan bulat.
Mulakan memberus dari bahagian atas kepala sehingga ke bawah. Kemudian berus dari bahagian rambut yang dalam pula. Selepas memberus, gunakan jari untuk memberi kesan yang lebih semula jadi.




Elakkan memberus rambut semasa ia basah. Sebaiknya, gunakan berus bergigi besar untuk menyikat secara lembut supaya tidak merosakkan akar-akar rambut.
Ini kerana rambut yang basah mempunyai struktur rambut yang lemah maka ia akan gugur dengan mudah.
Usah lupa sikat rambut
Kalau memberus rambut bertujuan untuk memperbaiki struktur rambut manakala menyikat rambut adalah untuk memperkemas dan menggayakan rambut.
Bahagikan rambut pada beberapa bahagian yang kecil, dengan menggunakan sikat bergigi jarang, sikatlah rambut perlahan-lahan bermula dari atas ke bawah.
Jangan menyikat rambut jika ia berpintal.
Keringkan rambut
Rambut panjang perlu dikeringkan terlebih dahulu. Gunakan alat pengering rambut yang sesuai bila ia perlukan.
Semasa ingin mengering rambut pilih pengering rambut yang boleh mengeluarkan suhu yang sejuk.

PILIHLAH syampu yang sesuai dengan rambut.


Walaupun pengering rambut jenis ini berharga mahal, namun ia baik untuk rambut panjang.
Pilih syampu terbaik
Pilih syampu yang menggunakan ramuan semula jadi.
Pastikan syampu yang dipilih untuk mencuci rambut mempunyai perapi yang membantu memberi pelembapan pada rambut secara menyeluruh.
Semasa mencuci rambut dengan syampu, ratakan sedikit syampu pada seluruh kepala dan bilas dengan air.
Seterusnya, bilas dan syampu rambut untuk kali kedua. Ketika ini, urut kepala secara perlahan untuk menyihatkan akar-akar rambut.
Peka keadaan sekeliling
Lindungi rambut daripada pendedahan berterusan pancaran matahari, air bergaram, air berklorin, angin dan pencemaran.
Semua ini hanya membawa kepada kerosakan dan masalah rambut kusut.
Kalau anda mahu, boleh mengenakan tudung untuk melindungi rambut panjang daripada persekitaran yang tercemar.
Penggunaan topi dan skaf turut digalakkan untuk mengekalkan kesihatan rambut.

Penjagaan Rambut Wanita Bertudung

credit to http://rapisihatcantik.blogspot.com


Kebanyakan wanita yang bertudung sering mengabaikan penjagaan dan kecantikan rambut mereka.Walaupun bukan semua, namun rata-ratanya begitu. Seharusnya anda yang bertudung perlulah menjaga kecantikan dan kesihatan rambut anda sama seperti mereka yang tidak memakainya. Mungkin mereka merasakan untuk apalah berambut hebat kalau ia akan ditutup dengan tudung sepanjang hari. Harap-harap janganlah anda berperasaan begini. Tidak mahukah anda tampil hebat di mata suami dan ahli keluarga anda?Tudung atau tidak bukan ukurannya. Yang penting sebagai wanita, anda tidak boleh menafikan istilah yang rambut itu adalah mahkota wanita. Sayangilah ia sama seperti anda menjaga kulit wajah dan penampilan diri yang lain.

Tidak dinafikan , wanita bertudung memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding wanita yang tidak bertudung. Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya. Tambahan lagi jika rambut tidak mendapat cahaya matahari pagi yang bagus untuk kulit. Keadaan lebih buruk jika anda berambut panjang dan kerap pula mencuci rambut pada waktu pagi. Rambut tidak akan kering sempurn dalam masa setengah jam, tambahan lagi cuaca sejuk pada waktu itu. Jika anda membiarkan rambut kering sebanyak 50 peratus dan kemudian terus mengikatnya sebelum mengenakan tudung, anda hanya mengundang petaka kepada rambut anda sendiri.Berikut adalah panduan yang boleh anda ikuti demi memastikan rambut anda kekal sihat dan cantik.

1)Tidak Perlu Mencuci
Kalau anda kebiasaan mencuci rambut setiap hari, ubahlah kebiasaan ini. Sebagai wanita bertudung , tidak sesuai anda mencuci rambut setiap hari. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika anda jika anda suka mencuci rambut pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Tidak kira bagaimanapun kadar kepanjangan rambut anda, ia tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Walaupun anda menggunakan pengering rambut, rambut tetap tidak akan kering dengan sempurna secara menyeluruh.

Cadangan : Cucilah rambut sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Sebaiknya cucilah pada waktu petang.sebaik sahaja anda pulang dari kerja.Selebihnya cucilah pada hujung minggu.Keringkan rambut secara semulajadi.Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.

2) Pilih Kain Tudung Berfabrik Lembut
Kalau anda berkerja dari jam 9 hingga 5, bayangkan berapa lama anda harus menutup rambut anda dengan tudung. Oleh itu, jangan lupa memilih fabrik lembut untuk pemilihan tudung anda. Kini, fabrik bawal adalah pilihan paling popular. Elakkan memilih fabrik kapas. Kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk keadaan kulit kepala dan rambut anda.
tul

Cadangan: Kalau anda selesa, elakkan memakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa agar rambut tidak terkeluar.

3) Sentiasa Merawat Rambut
Sebulan sekali, periksa jika ada sel rambut mati atau hujung rambut yang terbelah. Jika anda membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana tidak dirawat. Tidak hairanlah ramai wanita merungut rambut mereka yang lebat satu ketika dulu makin menipis hari demi hari. Ini semua kerana tindakan mereka yang tidak mahu menjaga kualiti rambut.

4) Atasi Masalah Rambut Jika Ada
Apapun masalah anda, jangan pandang remeh dan berharap ia akan hilang dengan sendirinya. Kalau anda tidak punyai kos yang cukup untuk mendapatkan rawatan di salun terkemuka, anda boleh mendapatkan nasihat dari pakar farmasi untuk syampu yang sesuai dengan anda, Perlu diingat, masalah pada rambut kadangkala bukan disebabkan oleh cara anda menjaga dan mengendalikanya sahaja, Bahkan ia mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika anda tidak mencari penyelesaianya.

Cadangan: Jika anda sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya. Dapatkan info yang betul tentang cara mencuci dan membilas rambut dengan sempurna. Cucian bukan hanya mengurut syampu di rambut dan membilasnya sekali lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan anda mengeringkannya dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga menjadi sebab mengapa rambut mudah rosak.

5) Berehat Dahulu Sebelum Membersihkan Diri
Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun dari beriadah, teruslah membuka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. berehatlah seketika dalam masa setengah jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaiknya bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan pula membiarkan rambut terus bertudung atau jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.

Cadangan: Waktu ini, sebaiknya anda berehat sepenunya . Jangan lakukan kerja kerana anda akan lebih berpeluh. Berbaringlah di atas katil dan bukalah penghawa dingin di bilik anda. Nikmatilah saat ini sebaiknya agar keadaan rambut dan kulit kepala anda betul-betul kering dan "rehat" dengan sempurna.

Sunday, November 22, 2009

Our Hoshi

This competition is coming to an end..Hm, really praying for our best..>.< For all our value voters,bunch of thanks for all of you..no words to describe how thankful we are for your supports and love, pray for us ok ^__^


Thanks SUNSILK for giving us this chance..
WE SUNSILK



Hoshi's LoVe



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin